Wednesday, February 4, 2009

Penyakit kah ni ah?

Adoi...pukul 4 pagi sudah rupanya, kenapa tak boleh tidur ni. Tsk!

Kenapa bah enda buli tidur ni. Kerja lagi bisuk. Tiap malam macam ni, matilah sa. Hari-hari macam zombie pi kerja. Budak-budak pun takut kali tingu eyebags sa. Belum campur lagi jerawat-jerawat pengkhianat yang mula sudah tumbuh melata di dagu sama pipi. Tsk!

Apa lagi yang sa enda buat? Minum cell food sudah, minum air suam sudah, kira kambing pun sudah. Sampai beribu-ribu lagi. Tu munyit kegeruk sudah sana sebelah, sa lagi ni yang enda dapat tidur. Kalau datang lagi enda buli tidur sa macam dulu, aduuu...susahlah sa. Sa enda mau berurusan sama doktor pasal hal ni lagi. Not for the 3rd time.

Kah, ni barang memang run in the family? Penyakit kah ni ah? Dulu sa enda kisah langsung bila sa notice aki sa masih duduk tepi dompuran tiap-tiap kali sa bangun pi tandas, enda kira lah pukul berapa pun waktu malam. Sa anggap itu memang tabiat orang yang sudah tua. Sa enda heran juga bila sa tebangun tengah malam atau subuh-subuh, bapa sa masih lagi layan TV. Kadang-kadang sa tebangun batuk-batuk tengah malam pasal bapa sa masak lada putih or langkangon, penuh bau dia satu rumah. Sa ingat dia memang sengaja pasal dia tu kaki gusti, tau ja lah astro, 24 jam ada siaran. Tapi bila sa pikir-pikir balik, mengkali ni keturunan, tau. Sa teingat ada satu kali tengah-tengah malam, bapa sa pernah kasi bangun adik-adik lelaki sa, bawa pi magasu. Dia bilang dia enda dapat tidur. Tepikir pula sa, mungkin aki sa sama bapa sa bukan saja-saja sengaja bejaga malam, mangkali diorang memang enda dapat tidur malam, just like me.

Kalau betul lah, aduuu...macam mana lah ni ah. Durang enda apa lah, durang lelaki. Mata hitam macam panda pun enda peduli, orang tidak judge. Tapi sa ni perempuan. Sudahlah sa sekarang lebih besar dari tong minyak (thanks to the clomaid dan semua pil-pil hormon yang sa terpaksa talan), matilah sa kalau muka pun jadi macam panda yang bejerawat. Panda bagus lagi, kurang-kurang pun, putih juga bahagian lain muka diorang. Saya? Huh. Memang betul-betul menurunkan level self-esteem. Sa enda mo pikir buruk pasal laki sa, sa kenal luar dan dalam dia, dia tidak akan judge sa or love me less kerana my fizikal changed. Cuma kadang-kadang tu bila sa keluar sama dia, ada juga rasa paranoid bila perempuan-perempuan muda yang kaki diorang panjang-panjang, lurus, pakai skirt pendek-pendek pula tu, jeling-jeling manja sama laki sa. Kalau sa ada, mestilah bah laki sa buat-buat enda nampak tapi sa tau dia nampak juga. Buhunglah kalau sa cakap sa enda rasa tergugat. Dulu enda berapa, masa berat sa belum cecah 65 kg. Buli lagi sa pakai dress lawa-lawa, ketat-ketat, kasi tunjuk sikit aset. Sekarang apa lagi sa boleh bangga, pakai baju ketat, tebonjol semua lemak-lemak. Pakai baju longgar pula, nampak macam bunting 4 bulan. Kalau muka pun jadi macam panda, ampunnnnnnnnn....bagus sa bekurung ja dalam rumah sampai sa pulih dari semua ini. Arghhh!! Tension!!Tension!!!!

Bagus sa try lagi kira kambing. Mana tau nikali ada kambing yang mo tulung sa jatuh tidur. Sa enda mau ambil cuti sakit esok gara-gara enda dapat tidur.

4 comments:

Hobbit Wife said...

I sometimes have sleeping problems too walaupun tidak minum kopi! Don't worry, your other panda friend is here in Thailand. Kita serupa saja. Anyway, does clomid helps? :)

Moses+Christ Army said...

ohoho..sa pun pernah mcm ko.... insomnia.... dari malam sampai jam 7am sa nda dpt tidur... jam 8 direct p kelas...giiila.. @_@

Unknown said...

banyak fikir ke 10?? kalau sekali sekala biasa tu 10? tapi kalau everynite sudah penyakit tu 10. Insomnia ni susah juga..kerja pun susah mengantuk- ngantuk dibuatnya..Elakan tidur siang hari 1o.

Miss E said...

Hobbit Wife: Hi Aims, clomid did help the ovulation, so now I'm waiting for the next cycle to show up. If it didn't, then we have a good news. If it did, well, I think IUI will be the next option. How about you dear, any good news from there?

Chris: Rupanya ko pun pernah rasa jadi zombie..he he..

Elle: Enda juga bah ten, mana ada benda sa pikir. Sa pikir mo tidur ja. This thing is driving me crazy, oh. Colleagues sa start tegur muka sa nampak lesu dan tidak bermaya. Sa sendiri pun rasa gitu, tiap hari sa bad mood..