Tuesday, November 18, 2008

Aku tak dendam

Hmm...teringat pula kat budak-budak yang telah menjahanamkan mood aku menulis di blog lama. Asalnya aku memang marah kat mereka. Kalau marah boleh ditimbang sukat dengan api, dah terbakar rumah bapak diaorang. Begitu punya membara marah aku kat budak-budak tu.

Entah bagaimana, aku tiba-tiba teringat nasihat pastor tentang perasaan marah. Aku terus menyesal kerana leka sehingga memberi ruang untuk perasaan marah masuk dan menguasai diri. Terasa bodoh dan malu terhadap tuhan, bukankah seorang Kristian bersifat sabar dan pemaaf?

Setelah membawa isu perasaan marah ini berulang kali di dalam doa, aku akhirnya mendapat upaya melawan kemarahanku. Bukan itu saja, aku juga berupaya memaafkan perbuatan mereka. Aku tidak lagi marah, jauh sekali berdendam. Sebagai manusia biasa, aku mungkin akan mengambil masa yang lama untuk melupakan perbuatan mereka...tapi itu sudah cukup baik kerana aku telah memaafkan mereka. After all, mereka juga cuma manusia biasa seperti aku. Kerdil dan berdosa.

Semoga tuhan memberkati mereka dan menyentuh hati mereka dengan caraNya sendiri...

0 comments: