Tuesday, November 11, 2008

Perkara-perkara penting

10 perkara yang aku perlu rancang dengan teliti mulai minggu hadapan:

1.Pergi ke kedutaan Australia untuk mengemukakan permohonan visa dan taraf penduduk tetap Australia.

2. Merancang tempoh bertenang sebelum mengemukakan permohonan meletak jawatan kepada Kementerian Pelajaran.

3. Membuat keputusan sama ada membawa kereta berhijrah ke Australia ataupun menjualnya di sini.

4. Menghubungi jabatan kuarantin Australia dan meminta maklumat prosedur membawa anjing dan kucing-kucing kesayanganku ke sana.

5. Nak buat apa dengan perabot-perabot dan buku-buku yang banyak ni?

6. Menggunting kad-kad kredit dan melangsaikan bakinya.

7. Menyiapkan mental untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Panitia pada awal tahun hadapan sekiranya bernasib malang diamanahkan tugas tersebut. Atau, patutkah aku berterus-terang dari awal kepada guru besar tentang rancanganku meletak jawatan?

8. Menyiapkan mental untuk memulakan hidup baru di negara lain.

9. Menguruskan persekolahan sepupu di bawah jagaanku. Perlukah aku menghantarnya balik ke kampung untuk bersekolah di sana, atau menerima tawaran sekolah berasrama di sini sekiranya ada?

10. Memotivasikan diri agar tidak lemah semangat menghadiri kelas yoga dan tarian. Yuran dah bayar, dancing shoes dah beli. Kalau hilang motivasi seperti kelas nyanyian dulu, tentu kepercayaan suamiku akan hilang dan tidak akan membiayai apa-apa hobiku lagi. Noooooooooooooo.......

5 comments:

Unknown said...

wah. ko mo p berhijrah ka..??

Miss E said...

ingat mcm tu lah chris, enda tau application kena approve kah inda. harap2 dokumen cukup n kukuh..

Licia said...

perlukah aku meminta sedikit derma barang sepeninggalan mu untuk kenang-kenangan..hahaah..sedih sa kalau ko betul berhijrah..tapi saya nekad akan pergi melawat mu juga satu hari nanti bolehkan??

Unknown said...

cis.sempat bah meminta barang peninggalan. wakaka. nda bah licia main2 saja jan kau marah ah.

bah arap2 ko berjaya la ah erina. bahagian mana ko mo p berhijrah ni?perth?

Miss E said...

licia, apa barang ko mau, kasi tau sia. nanti sa adjust. jan minta kucing sama anjing sa, sudah. nanti ko kasi lepas macam si hitam sama mayau ko..ha ha!

Christine, sa pi sydney. kalau sa sudah sampai sana harap-harap ko sudi dtg melawat sa. he he