Wednesday, November 12, 2008

Sedih...Keliru...

Bermacam-macam perasaan melanda diri kerdilku ini. Tidak tahu mana satu kah yang harus didahulukan. Ketika fikiran berkecamuk, hanya doa mampuku lafazkan, semoga yang Maha Kasih menyertai setiap langkahku...

Sedih
Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Demikianlah perasaanku terhadap sepupu yang berada di bawah jagaanku. Aku ingin memberi yang terbaik kepadanya, memberikan dia peluang menikmati zaman membesar yang normal seperti rakan sebayanya yang lain. Jika ibu bapanya telah tiada, mungkin aku tidak akan berkecil hati jika tiada siapa membantuku menyediakan keperluan diri dan sekolahnya. Memandangkan ibu bapanya masih ada, sihat sempurna serta berpendapatan jauh lebih tinggi dari aku, tentu lah aku merasa jauh hati. Segala perbelanjaannya aku tanggung, walhal aku hampir tidak mampu menyara diriku sendiri. Esok dia kuterbangkan balik ke kampung untuk bercuti. Perancangan awalku ingin dia memasuki asrama penuh agar dia dapat manfaat yang lebih berbanding dengan sekolah harian. Disebabkan aku merancang untuk berhijrah, mahu atau tidak, dia terpaksa balik ke kampung kerana tiada siapa yang menjaganya di sini kelak. Tapi inikah yang terbaik untuk dirinya? Kepada siapakah dia mengadu nasib nanti? Kanak-kanak perempuan yang sedang meningkat remaja memerlukan idola untuk membesar. Seorang wanita dewasa perlu mendampingi dan memperkenalkannya kepada alam sebenar seorang wanita. Aku sudi menjadi wanita itu...tapi bagaimana nanti apabila tiba masa aku berangkat pergi? Entahlah...aku tidak tahu apa patut aku lakukan. Aku merasa sedih, mungkin esok adalah hari terakhir dia berada di bawah bumbungku.

Keliru
Sebelum ini aku ada meluahkan perasaanku tentang perihal pekerjaan yang aku tidak gemari. Aku telah nekad untuk meninggalkan bidang pekerjaanku dan mengepakkan sayapku selebar-lebarnya. Semasa aku mengalami kemerosotan keyakinan dan kesakitan hati akibat memaksa diri, aku telah berjumpa dengan ketuaku untuk menyatakan hasratku meletakkan jawatan. Cuma satu yang menghalangku, iaitu kontrak yang aku tandatangani semasa aku bersetuju menerima tawaran pekerjaan ini. Aku tidak menyemak dengan teliti tempoh kritikal perkhidmatan, aku terus menyetujui semua terma tanpa usul periksa kerana menyangka aku tidak akan bertukar fikiran lagi selama-lamanya. Itu khilafku. Ternyata hanya tuhan saja yang kekal, hati manusia sentiasa berubah. Aku difahamkan aku perlu berkhidmat selama lima tahun. Hasratku terbantut apabila mengenangkan kontrak masa kritikal perkhidmatan aku masih berbaki 2 tahun. Seminggu yang lepas, lantaran didorong oleh perasaan paranoid berpisah jauh dengan Monyetku, aku menghubungi kerani yang menuruskan perjanjianku. Aku meminta jasa baiknya menyemak semula fail ku. Aku terkejut dimaklumkan perjanjian itu sebenarnya hanya mengkehendaki 36 bulan tempoh kritikal sahaja, bukannya lima tahun! Sekelip mata segala perancangan berubah. Perubahan rancangan yang drastik ini sedikit sebanyak menganggu emosiku. Aku keliru dan takut. Rasanya aku belum bersedia untuk meninggalkan Malaysia. Aku telah membuat perancangan untuk dua tahun yang akan datang. Aku telah mengatur strategi peningkatan PNP untuk jangka masa dua tahun. Tempoh melangsaikan hutang-hutang juga aku sandarkan pada jangka masa tersebut. Aku tidak tahu dalam tempoh masa enam bulan ini, mampukah aku menstruktur semula rancangan dan melaksanakan semuanya dalam tempoh yang sebegini singkat. Arrrrggghhh!!! Jiwa kacau...

2 comments:

Licia said...

setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..semua apapun adalah sementara..apapun adalah sia sia..perasaan sedih,gembira,tawa,ria juga sementara..tiada apa yang kekal..cuma persiapkan lah diri kita dengan apa yang bakal berlaku..abt yr cousin she will be "better" as she grows up.It's a nature the choices is up to her not yours..every phase of life has its own stage..as an adult we can only give advice but up to her to choose her own path of life! get it??

Miss E said...

a'yai mem. Thank you mem. he he.