Saturday, January 10, 2009

Membina Ayat

Aduh...pening kepala. Kenapa agaknya mereka menugaskan saya mengajar kelas Bahasa Malaysia tahun ni. Sepanjang tempoh pengalaman saya mengajar, tidak pernah terfikir satu hari nanti saya akan diamanahkan mengajar kelas Bahasa Malaysia. Ni yang tengah pening ni. Baru seminggu sekolah bermula, belum lagi sepanjang tahun. Walaupun subjek ini merupakan subjek 'piece of cake' bagi saya pada zaman persekolahan dulu, mengajarkannya kepada murid-murid tidaklah semudah yang saya sangkakan. Semasa di kolej, saya tidak terpilih untuk mengambil BM sebagai major atau minor. Oleh itu, saya tidak mempunyai sebarang idea tentang metadologi subjek ini. Nampaknya saya kena mencari semula 'kitab-kitab' lama saya dan mengulangkaji subjek ini. Harap-harap guru-guru senior saya tak naik menyampah kerana saya perlu mengejar mereka ke mana-mana mereka pergi untuk mendapatkan ilmu mereka.

Saya mengutip kerja rumah bagi aktiviti membina ayat hari ini. Nak tahu? Hampir berdarah kepala ini saya garu walaupun tak gatal kerana ayat-ayat yang dibina oleh murid-murid saya sangat sukar. Maksud saya, untuk tahap first-timer seperti saya. Setakat ini, saya baru menyemak suku sahaja. Itupun setelah menghabiskan 3.5 jam membetulkan ayat-ayat mereka. Bagaimana agaknya saya nak habiskan menyemak kesemua buku mereka? Ini baru aktiviti bina ayat, belum lagi karangan. Saya tidak menyalahkan murid-murid saya. Sekurang-kurangnya mereka mencuba. Mungkin ini sudah boleh dikira baik bagi murid-murid di sekolah vernakular yang bertutur dalam bahasa ibunda mereka sepanjang masa.

Saya sertakan beberapa contoh ayat yang dibina oleh murid-murid saya. Ada yang menggelikan hati, ada yang tidak membawa sebarang maksud, ada juga yang membawa maksud yang dalam. Nak tolong saya betulkan? Selamat berjaya!

Bina satu ayat bagi setiap berkataan yang berikut:

FAEDAH
1. Burung itu memberi makan faedah.
2. Memakan buah-buah sangat faedah.
3. Bersukan faedah sendiri.
4. Ada faedah ada sendiri tahu.
5. Menabung faedah kepada kami.

SESUAI
1. Ben Hong sesuai dengan Alice. (Ben Hong adalah dirinya sendiri! Kes jatuh hati agaknya.)
2. Pakaian L sesuai untuk Calvin. (Ada Calvin dalam kelas saya. Dia bersaiz comel)
3. Ibu sesuai memasak kari.
4. Ada kasut sesuai kepada saya berwarna merah muda.
5. Geluncur air sesuai di taman.

AJAK
1. Ajak dan Ajik bermain PSP. (Aduh..pening)
2. Dia ajak ayam makan. ( Agaknya murid ini nak tulis peribahasa 'ajak-ajak ayam' atau nak ajak makan ayam)
3. Chee Meng suka ajak hari jadi.
4. Rumah ada ajak main. (uuuuhh..!)
5. Saya ajak adik ajak dia mahu.


KELUARGA
1. Keluarga kami erat.
2. Mama papa ada keluarga.
3. Abang keluarga bersama kakak saya.
4. Dia keluarga banyak susah.
5. Kepada saya sayang keluarga.

SERONOK
1. Bermain piano tidak seronok. (Mungkin mak murid ini paksa ambil kelas piano)
2. Bermandi laut cuti sekolah seronok.
3. Mei Su (Pendidikan Seni) saya seronok tetapi BI saya tidak. (Ayat jujur)
4. Ada wang ada seronok. (Mata duitan!)
5. Semasa cuti amat seronok, sekarang tidak seronok. (Ha! Ha! Yang ini saya setuju)

1 comments:

Unknown said...

kah..kah..geli hati sa baca ayat2 murid ko ni..berabis sa ketawa..memang funny...budak2 kan biasa la...
Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galak tolong Jolokan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukan hehehe

dulu masa sa darjah satu cikgu English suruh kami buat ayat dari "Crocodile"..berdiri dan baca
kawan sebelah sa minta ajar..sa pun sengaja bagi ayat senang dan bikin lucu..dengan innocentnya dia ikut dan cakap "I like to eat Crocodile teacher!"..haahha..tak tertahan ketawa sa