Saturday, April 18, 2009

Mari Mengumpat

Bukan kenapa-kenapa sebenarnya saya tak nak tampal gambar gemuk saya di blog ini. Di dalam blog terdahulu, saya telah 'kebaruan' dan menggunakan nama sebenar semua watak-watak dalam blog. Bukan takat nama, gambar pun penuh saya upload kan. Masa itu saya belum tahu dan tidak pernah 'digigit' oleh stray dogs di alam cyber. Saya masih ingat lagi, gambar kahwin, gambar birthday, gambar suka duka saya bersama suami monyet saya...sehinggakan gambar tasuh saya pun saya jeremuskan ke dalam blog terdahulu. Tidak saya sangka rupanya benda-benda itu boleh diguna pakai untuk menyakitkan saya suatu hari nanti.

Perempuan celaka itu boleh saja saya celakakan blognya, atau lebih sadis, saya buat apa yang dia pernah lakukan pada saya. Beruntunglah dia kerana telah memilih akua blogger seperti saya sebagai preynya. Kalau perempuan itu buat sedemikan kepada saya pada 5 tahun yang lepas, mampuslah dia, sampai dia ke lubang cacing pun saya kejar untuk menyembur toxic satu badan. Ha ha! Kejam tak? Mujur saja sekarang saya sudah beransur tua dan cepat lelah. Biarlah ilmu game kejar-kejar dan tapuk-tapuk sesama bitches saya simpan dalam peti untuk diwariskan kepada keturunan saya nanti.

Sebab itulah di blog baru saya, saya tidak menampal terlalu banyak gambar peribadi atau mengulangi mana-mana kesilapan di blog lama. Once bitten, twice shy. Biarlah cuma kawan-kawan rapat sahaja yang tahu apa rupa saya dan di mana rumah kediaman saya. Mungkin kalau setakat gambar-gambar tungau dan tasuh saya, kalau monkey saya ada duit lebih untuk gantikan kamera saya yang dia hilangkan, saya akan postkan.

Saya tulis post ini sekadar untuk peringatan diri saya sendiri dan kalau lah perempuan itu (akhirnya) terjumpa blog ini, untuk peringatan kepada dia juga. Baru-baru ini geng bitch dia (tapi tahap bitchnya sekadar suam-suam kuku dan saya masih boleh layan) telah terlepas cakap dan menyebabkan saya mendapat tahu, perempuan celaka itu tengah giat mencari-cari saya. Tiba-tiba hati saya terasa sedikit sakit. Amboi, rindu ke? Ke, dah nak mati lalu berinisiatif meminta maaf atas kebiadapan tahap tenuk, mencerobohi kemudian menelanjangi pilihan kehidupan peribadi saya? Ishk! (Tampar pipi sendiri) Jahatnya fikiran ko. Sejak bila mengamalkan sikap buruk sangka ni?

Hati saya sebenarnya masih bengkak(...ceehh..pemarah, gitu..) atas perbuatannya. Jadi, biarlah sekali ini saja saya izinkan diri saya mengumpat dia. Apa pun niat dia untuk mencari saya, saya tidak suka. Tapi tak mengapalah. Teruskan lah usaha mencari sampai dapat. Kalau terjumpa, ini, ada mesej untuk kamu:

Berambus. Engkau tak diterima di sini!

Hah. Lega hati saya.

Ye lah. Ini blog beta yang punya. Beta nak tulis apa, beta punya suka. Nah, kau. Ada tak orang yang telah termeluat dengan statement bongkak ini? Opps..sorry.

Tapi memang betul pun. Tulisan di sini semuanya kosong belaka, tak ada yang bernas. Kalau bukan melepaskan geram, saya cuma tulis tentang hal-hal remeh dan membosankan yang berlaku sehari-hari di dalam rumah saya. Itu saja. Zaman sekolah dulu, kalau bosan, saya tulis apa apa kat kertas. Lepas tu buang. Kadang-kadang ada juga yang sempat 'kedapatan' oleh kawan-kawan se-dorm, lalu dijadikan bahan kutukan dan gelak ketawa. Tapi tak ada pula diorang sampai buat forum untuk mengutuk 'kata hati' saya tadi. Paling-paling pun cuma kutuk-kutuk sayang je. Itupun sekali dua kali kutuk je, tak da lah hingga berminggu-minggu. Biasalah kawan-kawan, kan. Blog ini tarafnya saya andaikan samalah juga seperti kertas-kertas luahan rasa saya di zaman muda. Bezanya, tulisan ini dibuang ke tempat yang lagi besar dan boleh dicapai oleh ramai orang. Well, kalau nak baca, bacalah. Kalau suka, suka lah. Kalau tak suka, sorry, wa tak dapat tolong. Pi lah main kat blog lain. Betul tak? Tak payahlah buka thread forum untuk mengutuk. Sakit hati, tau.

Berbalik kepada perempuan jahat tadi, kalau boleh saya nak jerit je kat dia, alaaaa...apalah yang ada pada saya ini untuk ko jadikan bahan blog kumpulan anjing betina ko? (Waduh, kasar ke alih bahasa saya ini?) Saya bukannya ada apa-apa pun. Rupa tarak, harta tarak, beg tangan pun semuanya di bawah 15 ringgit. Kalau ada yang original, cumalah beg duit Guess dan beg tangan Elle. Takan itu pun korang nak jadikan modal?

Bukan itu ya? Oooohhh....yang ittew rupanya. Alaa, kalau tentang perjalanan hidup saya dan pandangan saya terhadap pekerjaan saya, tak payahlah korang sibuk-sibuk. Korang sibuk pun, bukan dapat upah. Memenatkan korang dan menyakitkan hati saya je.

Saya mengaku, saya memang tidak suka dan tidak gembira dengan pekerjaan saya. Tapi tidak bermakna saya tidak melaksanakan tugas saya dengan amanah. Marilah, datang sekolah saya. Bawa video cam dan duduk tengok saya kerja. Barulah adil. Hanya kerana kamu memang bercita-cita menjadi guru sejak lahir, tidak bermaksud kamu ada lesen untuk budget bagus, hOKay? Ingat tak masa di kolej dulu? Kamu, terutamanya perempuan itu, telah menyapu bersih gred C untuk subjek-subjek penting seperti Pedagogy dan Methodology. Nah, alang-alang dah termention, bolehkah saya menggunakan point itu untuk menembak balas kamu?

Saya bertemu jodoh dengan mat saleh, itu di luar perancangan saya. Kalau korang tak puas hati, korang pi lah tanya tuhan, kenapa pertemukan jodoh saya dengan suami saya, walhal dulu, saya pernah sign nama dalam pasukan mengutuk kawan-kawan yang menggilai ang moh. Betul tak, Ten? Alamak, sorry Ten, ko tersedak ke?

Ah, cukuplah. Panjang pula entry tentang perempuan ittew. Tadi baru je my bestfriend SMS. Dia kata dia tak nak update blog dia kerana tahun ini tahun yang suram untuk dia. Dia cuma nak tulis cerita gembira. Alaaa..dah lambat ko cakap, dear. Dah penuh blog I dengan cerita duka lara. Tapi tak pe kan, bestie? Ko baca je lah cerita-cerita suram I ini.

Saya tak boleh lah... kalau nak tunggu cerita happy, tahun depan pun belum tentu ada. Eh, saya cakap bohong ni. Dinner dengan jiran saya hari tu boleh kira happy occasion juga. Emm. Itu nanti cerita lain kali lah.

2 comments:

Moses+Christ Army said...

Wah!! sapakah betina celaka itu? kenapakah dia memperlakukan kedurjanaan terhadap baginda? fuh!! mmg kita semua tdk dpt lari dari menjadi mangsa blog...apa pun sa harap tu betina baca blog ko biar dia terasa 100%!!!

Unknown said...

hi ten..senang kan mengumpat bila ada chance terutamanya bila yg diumpat macam cacing kepanasan nak cari kita hehehe..
Betul Ten blog ni mcm diary utk kita luah perasan tak kira duka ke gembira..I patutnya tulis yg x bagus/duka/suram.Pasal yg happy better keep to yourself..yg tak happy & tak bagus taruk dalam tong sampah.Actually blog u memang bagus you luahkan apa yang selama ni U simpan especially yang suram2,yg cranky2/hot2..bila dah tulis boleh ringan sikit beban..I better start write abt unhappy part of mylife..