Saturday, May 16, 2009

Love your husband? Shave him bald!

Ada banyak sebab kenapa saya sayang laki saya.

Salah satu sebabnya ialah kerana dia seorang yang simple. Dia tidak pernah demand to be treated like a king. Bila dia nampak saya penat balik dari kerja, dia ambil alih tugas sediakan dinner tanpa saya minta. Begitu juga bila saya berpeluang sleep in pada hari Ahad (saya ada temporary second job to cover hutang keliling pinggang and therefore kena bekerja 7 hari seminggu), dia akan load the washing machine, sweep and mop the floor, clean my car and cook me lunch. Rasa best sangat dapat jadi his other half. Ceh..macam lah saya seorang saja yang ada laki kan? Ha ha. Sorry in advance ya, jika entry ini meloyakan tekak anda. You may leave now kalau rasa entry ini tidak sesuai untuk anda. (Dah bagi amaran awal-awal, OK?)

Hari ini saya nak tulis entry tentang laki saya. Bukan nak menunjuk-nunjuk saya ada laki, jauh sekali untuk bermegah-megah. Saya tulis entry ini untuk berkongsi feeling teruja saya dengan definisi baru saya berkenaan perasaan cinta. Jiwangnya saya hari ni.

OK. Walaupun saya dah nyatakan saya rasa best berlakikan dia, ada juga perasaan lain yang hadir bersama rasa best tadi. Saya, Monkey dan anda cuma manusia biasa, tentu kita tidak sempurna. Laki saya bukan the most perfect man di dunia, dia juga sama seperti saya, imperfect. Bukan sahaja dia gagal menjadi seperti Mat Romeo dan bunga mawarnya, dia juga seorang yang straight forward, keras hati dan urmm, bermulut puaka.

Dia tidak suka mengungkapkan 'saya cinta kamu' atau 'saya rindu kamu'. Bila berjauhan, dia tidak pernah mengaku rindukan saya. Paling hampir pun dia cuma akan kata, it's difficult around the house when you are away. Ataupun, it's weird waking up at night noticing you are not here. Dia juga rimas jalan berpimpin tangan. Bila saya minta, telapak tangan dia akan berpeluh-peluh, begitu juga dengan muka dia. Body language dia menjerit, "It's not comfortable!!" Setiap kali keluar berbelanja, dia dan trolinya selalu meninggalkan saya jauh di belakang. Bila saya merungut, dia kata, tu lah awak, kaki pendek. Gemuk. Slow. Saya tak dapat tunggu lah! Ada lagi yang paling best. Bila saya tanya pendapat dia tentang pakaian atau mekap saya, dia akan bagi jawapan yang jujur. Saya suka sikap jujur dia, tapi ada masa saya perlukan white lies to make things easy for me. For example;

(As we were rushing to his company dinner, coz I got home at 7.00 p.m. every day):

"How's my make up, darling? Does it match my dress?" -- Me

"What have you done to your face? That make up is too heavy for that dress lah." -- Him.

And there, saya terus konpius dan sakit hati. Dah lah masih rasa penat dari kerja, kelam-kabut nak bersiap, nak rempuh jam kat Jalan Skudai lagi...now dia dah cakap macam tu, nak melangkah keluar pun jadi teragak-agak. Dalam hati menyumpah-nyumpah, tapi godek juga satu almari baju untuk cari yang sesuai dengan mekap. Setengah jam kemudian, masih tidak ketemu dengan baju yang sesuai, lalu saya mengesat muka dan menyapu mekap yang baru. *Sigh* Why can't he just say 'yes, you look dashing', so we can start moving to the party? Menyesal tanya. At the end, kami manusia yang paling lewat tiba...dan menjadi bahan kutukan kawan-kawan.

Demikian juga bila saya tanya, "Am I that fat?"

Dia jawab, "Yes, you are. A few more pounds and we'll be on our way to Levi's store, again!" (Which is almost true)

Dan itu menyebabkan saya murung dan hanya makan apple dan cabbage berhari-hari.

Kerana hal-hal begini berlaku dengan frequent-nya dalam kehidupan sehari-hari kami, tak tau di mana mulanya, saya terasa seolah-olah he loves me less. Ada masa tertentu saya rasa he doesn't love me and care for my feelings anymore.

Untuk monyet yang fragile dan complicated seperti saya ini, mudah saja saya salah ertikan mesej dari jawapan dan reaksi yang dia sering berikan.

Bila berjauhan, tak rindukan saya?

Jawab 'See ya' bila saya kata 'Love ya' di akhir perbualan telefon?

Singgah di McD on the way home from work, beli burger untuk diri sendiri dan makan sorang-sorang depan saya?

Plan seminggu awal untuk ke party dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan dan saya orang terakhir yang tahu, itu pun dengan nada ajak-ajak ayam beberapa minit sebelum dia bertolak?

Cakap saya gendut dan spoiled?

Benda-benda segini menyebabkan saya terlupa betapa sweetnya bila dia tolong masak, kemaskan rumah dan gosok baju-baju ofis saya. Mula lah suara-suara paranoid menziarahi saya. Adakah dia mula begini...adakah dia mula begitu..adakah..adakah..adakah..to no end. Malu, kan? I'm not proud of it.

Bila suara-suara paranoid itu semakin kuat di minda saya, maka saya akan asak laki saya bertubi-tubi dengan soalan ala-ala cari pasal. Selalunya sesi itu berakhir dengan pertengkaran. Di akhir pertengkaran, dia ambil kunci kereta, kunci rumah dan keluar. Saya pula dengan muka panjang masuk dalam bilik, kunci tombol pintu, tolak meja solek, kerusi dan bakul baju kotor ke pintu...dengan harapan kalau dia patah balik, dia kena melalui semua halangan itu untuk masuk tidur, sementara saya buat-buat tidur lena. Tapi tak pernah pun dia rempuh halangan tadi. Saya sendiri yang susah di pagi hari kerana kena alihkan semua barang-barang tadi, otherwise, tak dapat keluar dari bedroom. Dia tidur dengan lenanya di ruang tamu.

Saya mogok tak mau makan dan cakap sehingga dia pujuk. Saya sedar, saya mengada-ngada. Tapi itu lah diri saya.

Bila dia dah bosan, pandai lah dia datang pujuk. Tiap kali pujuk, dia mesti cakap, 'I do love you, care for you, but just not in the way you want or can see or understand it.'

Dan tiap kali itulah I retort; then how can I tell it when I can't see it, feel it, or understand it?

Betul tak?

Dia tidak pernah balas balik soalan saya itu. Dia cuma cakap, one day you'll see and understand what I mean.

Sedar tak sedar, dah 5 tahun kami berkahwin. 5 tahun jugalah saya ternanti-nanti bilakah sampai masanya saya akan faham apakah yang dia maksudkan dengan 'one day you'll see and understand what I mean'.

Hari ini penantian itu sudah berakhir. Akhirnya saya faham apa yang dia maksudkan.

...to be continued. I can't hold my eye lids anymore. Ngantuk gile.

2 comments:

Unknown said...

wah romantiknya..kalau lah dia baca dan faham..mesti sesuatu yang indah akan anda alami..berbunga-bunga hati..biasalah kita sbg perempuan tidak sabar2 menunggu..semua nak nampak di depan mata..minta care lebih2..ehm..good things will always come wut we need is just to be patient! kekek

Moses+Christ Army said...

OMG!! XD ko tdk jiwang...i love your true story...u give me inspiration... coz my bf skg ni pun kalau sa marah bukan dia pujuk... dia cakap malas mo reload (sa minta kena call)... sama2 d semenanjung tp jarang lawat sa... klu sa stress bukan dia taw...

sa harap suatu ari nanti sa nampak apa yang ko nampak... =D