Monday, July 20, 2009

I'm rich.....

with smiles!

Yup! That's all I have at the moment. No jokes, I'm very lah broke. Tu ler..siapa suruh gatal ambil unpaid leave. Wang poket ihsan laki I pun dah habis sekelip mata. I kan suka buat donation. Tanya ler kedai kedai berhampiran rumah I.

But no worries, I, the very unwise woman, have broken my husband's piggy bank! I telah merompak perut piggy gemuk yang laki I letak molek molek sebelah TV. Ha ha ha!

Lihatlah hasil rompakan I. Betapa selama ini I telah silap memilih kerjaya. Baru lah sekarang I tahu how easy it is to get easy money. Just rob the bank!



Aku kayapppppppppppppppppppppppppppppppppp!!!! har har har!!

Alright. I'll get serious now. Actually the idea of 'robbing' the piggy is not entirely because I'm broke. Well, the broke part is still true but the main reason is because I have to pack all our stuffs into a contena and send them all back to Sabah. Now, not that I don't trust the contractors' staff but I was just concern about the fact that human being will always get lured by the smell and kacheng kacheng sound of money. Believe it or not, I myself was planning a lot of things to do with the money from the piggy sepanjang masa I menghitung laba rompakan I. Lagipun piggy itu tersangatlah berat dan mungkin akan menyebabkan belakang staff contractor yang mengangkat kotak akan bengkok. Nah, itu imaginasi liar I saja kerana sudah pasti mereka ada troli or something kan. Tapi yang penting, duit syiling my husband akan berada di tempat yang selamat. Dimanakah lagi tempat yang lebih selamat selain dari poket I, kan, kan kan?

After a good 1.5 hours counting them and pisahkan ikut nilai badan coins itu, I pun masukkan dalam beg tangan baru yang murah dan tiada jenama (I beli dari sale Jusco tau), I segera pandu laju laju ke Public Bank. Rugi I sia-siakan bakat I memandu laju kerana setibanya di bank, rupanya I kena ambil nombor dan beratur panjang. Sempat interview 40 orang over the phone lagi (I iklankan anak kucing yang I kutip tepi jalan for adoption kat www.mudah.com.my, tapi itu cerita lain kali lah ya). Tungu punya tunggu punya tunggu, sampailah giliran I. I bagi lah buku bank dan semua duit tadi.

Dah cantik I tulis amount tiap plastik duit syiling itu, rupanya kerani public bank tidak mempercayai I. Dia kira lah semula duit itu dengan bapak lamanya. I bukan nak protes ke hapa, cuma kalau boleh, buatlah kerja cepat cepat kan. I ain't got all days, you know. I juga perlu memuatkan perut dengan dengan nasik dan berjoli di shopping mall. Ini tidak, dia boleh bergurau senda lagi dengan kawan kat sebelah mesin kira duit sambil mengambil her long sweet time. Dalam hati berkata, awas kau monyet, nanti ku tulis komplen kat customer suggestion box. Kalau melawan, boleh cek cctv. ( Mak ai, camera public bank banyak nooo. Sampai I tak tau nak pilih mana satu I nak bagi special posing).

Lepas kira, dia bagi I slip jumlah duit. Sama dengan jumlah yang I tulis. Kan, I told you so. Dia pun ketak sana ketak sini, ngitt..ngitt..ngitt..bunyi printer, dia pun pulangkan buku bank I. I pun dengan gembira mencapai slip borang pengeluaran. Isi punya isi, bubuh tanda tangan, bagi kat dia. Wah. Sudah terbayang baju colour merah ada tulis 'let's get physical' dari kedai TopMan masuk ke dalam almari baju I. Bila kerani tu tengok slip I, dia kata, sorry Miss, you need to get your partner's signature.

Eh, apa pasal? Meh sini ni aku cek.

Alamak. *Tepuk dahi*

Rupanya yang ini buku join akaun dengan laki I lah. Hancurlah harapan I menjolikan hasil rompakan I. Agaknya big man di atas sana sudah menghidu niat jahat I dan berpihak pada my other half.

TSK!!

So, I'm still broke. Someone give me money pleaseeeee!! I want that red colour shirt...!!

0 comments: